Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang, Pekan, Pahang

Bertaqwa, Beramal, Berilmu

Majlis Perasmian dan Pembentangan Analisis Keputusan SMA Tahun 2025

Majlis Perasmian dan Pembentangan Analisis Keputusan SMA Tahun 2025 telah berlangsung dengan jayanya pada 3 Februari 2026 bertempat di Dewan SHAS, Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Ustazah Ramiza binti Mohamed, selaku Guru Penolong Kanan Kurikulum, dan turut dihadiri oleh barisan pentadbir, guru-guru, ibu bapa serta para murid.

Dalam majlis ini, pembentangan analisis keputusan SMA 2025 telah dikongsikan, yang menunjukkan peningkatan ketara GPS sebanyak 0.93. Pencapaian membanggakan ini mencerminkan usaha bersepadu pihak pentadbir, pengetua, guru-guru serta komitmen tinggi anak-anak pelajar dalam memastikan kecemerlangan akademik yang berterusan.

Majlis ini menjadi platform penting dalam memperkukuh kerjasama antara sekolah dan ibu bapa, di samping menyemarakkan budaya penambahbaikan berterusan demi melahirkan pelajar yang berilmu, berdisiplin dan berdaya saing.

Tag: KULLIAH AL-LUGHAH WADDIN AS-SULTAN ABU BAKAR

0 komen

Sila berikan komen anda di sini