PERHIMPUNAN RASMI ISNIN 29 SEPTEMBER 2025
Majlis bermula dari jam 7.20 dan berakhir pada 8.10 pagi. Ucapan diberikan oleh guru bertugas minggu lepas, guru bertugas minggu ini, Pengetua SMA Maran dan diakhiri dengan pembentangan oleh GPK Pentadbiran, Cikgu Saiful Faizal. Turut dilaksanakan ialah penyampaian sijil dan pingat kepada peserta pertandingan High Kicks National Taekwan-do Championship.
SEMOGA SEMUA PESERTA SUMUD FLOTILLA SELAMAT DAN BERJAYA MENGHANTAR BANTUAN KE GAZA. INSYAALLAH.
Semoga semua peserta Sumud Flotilla sentiasa dalam perlindungan ALLAH swt dan semoga Palestin Merdeka....
KURSUS MOTIVASI KEPIMPINAN
KURSUS MOTIVASI KEPIMPINAN ini diadakan pada 27 September 2025(Sabtu) dari jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang di Kompleks Rakan Muda Maran. Ianya melibatkan 58 orang pelajar yang terdiri dari pengawas sekolah dan exco asrama. Semoga semua pemimpin pelajar terlibat akan bermotivasi untuk menjalankan tugas mereka dalam memimpin dan juga dalam pembelajaran mereka. InsyaALLAH.
PROGRAM JELAJAH SEKOLAH BERSAMA PENULIS BUKU
Majlis bermula dari jam 9.00 pagi di Dewan Tun Abd Razak, SMAM. Ianya terbahagi kepada 2 sesi. Sesi pagi sehingga jam 2.00 petang untuk pameran buku. Untuk sesi ini pelajar dibahagikan mengikut kelas-kelas pada waktu-waktu yang telah dijadualkan untuk pameran buku dan bertemu dengan penulis-penulis. Dari jam 3.00 hingga 5.00 petang pula diadakan sesi ceramah motivasi di dewan.

