PERHIMPUNAN RASMI PAGI ISNIN 27 OKTOBER 2025 DAN PENYAMPAIAN KUPON PENINGKATAN PRESTASI KEPADA PELAJAR
Dilaksanakan di Dewan Tun Abd Razak, SMAM dari jam 7.20 hingga 8.00 pagi. Penyampaian kupon dilakukan oleh GPK Pentadbiran, Cikgu Saiful Faizal Bin Karim. Setiap kupon yang diberikan bernilai RM5 yang boleh ditukarkan dengan makanan di kantin sekolah. Kupon yang diberikan juga adalah mengikut setiap subjek yang diambil. Jika pelajar mencatatkan kenaikan prestasi sebanyak 2 gred bagi 5 subjek, maka pelajar akan menerima 5 kupon, begitulah seterusnya. Tahniah kepada semua pelajar...
PROGRAM FIKRAH DAKWAH DAN TAUSIAH ILMIAH PROFESOR DR. ATIYYAH MUSTAFA MUHAMMAD HUSAIN
Diadakan di SMA Al-Wosto dari jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang.
SEMINAR KECEMERLANGAN SPM: SUBJEK SEJARAH
Diadakan di SMKA Al-Mahmudi bermula dari jam 8.00 pagi hingga 1.30 petang.
SEMINAR KECEMERLANGAN SMA: SUBJEK TAUHID
Diadakan di Bilik KHB pada hari Ahad 26 Oktober 2025 dari jam 2.00 - 4.00 petang. Penceramah yang dijemput ialah Ustaz Marwan Bin Mokhtar.

