Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Kelas Tambahan SPM Dalam Cuti Akhir Tahun 2018

     Walaupun sekolah telahpun berada dalam cuti akhir tahun, kelas-kelas tambahan masih dijalankankan di SMAM untuk pelajar-pelajar SPM yang masih belum tamat peperiksaan mereka. Kelas Tambahan telah dijalankan pada 24 - 25 November untuk subjek PQS yang peperiksaannya jatuh pada Isnin 26 November. Kelas tambahan Sains pula akan dijalankan dari 27 - 28 November untuk peperiksaan yang jatuh pada 29 November. Seterusnya kelas tambahan ekonomi akan diadakan untuk subjek ekonomi yang tarik peperiksaannya pada 6 Disember 2018. Semoga para pelajar berada dalam keadaan sihat dan bersedia untuk SPM. InsyaALLAH.

Tag: SMAM 2018

0 komen

Sila berikan komen anda di sini