UJIAN LISAN PQS 2025 (18 OGOS 2025)
Semoga semua calon SPM 2025 mendapat keputusan cemerlang dalam SPM 2025. InsyaALLAH.
PROGRAM LONJAKAN SAUJANA SPM 2025 (15-17 OGOS 2025)
Program dilaksanakan di UMPSA (Universiti Malaysia Pahang Sultan Abdullah), Pekan. Dalam program yang diadakan selama 3 hari 2 malam ini, pelajar-pelajar didedahkan kepada teknik menjawab kertas SPM untuk persediaan SPM 2025
BENGKEL PENANDAAN KERTAS BAHASA INGGERIS (14 Ogos 2025)
SMA Maran telah diwakili oleh Cikgu Nabilah. Semoga ilmu yang didapati dalam bengkel ini akan meningkatkan prestasi Bahasa Inggeris SMA Maran terutamanya dalam peperiksaan SPM. InsyaALLAH.
PELANCARAN BULAN MERDEKA SMA MARAN
Dilaksanakan pada 11 Ogos 2025 di Dewan Tun Abd Razak, SMAM. Ianya dilancarkan oleh Pengetua SMA Maran, Tuan Haji Mohd Fairuz Bin Ab Kudus. pelbagai aktiviti dan pertandingan akan diadakan di sepanjang sambutan bulan merdeka di SMA Maran.

