CUTI TAMBAHAN SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI
Sebagaimana makluman yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada Selasa 10 Mac 2026, pihak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) bersetuju untuk memberikan 1 hari cuti tambahan kepada semua sekolah SMAN sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026. Cuti tambahan tersebut jatuh pada hari Rabu 18 Mac 2026. Oleh itu, cuti Hari Raya Aidilfitri dan Cuti Penggal Pertama 2026 akan bermula pada hari Rabu 18 Mac 2026 hingga Ahad 29 Mac 2026.

0 komen