Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

IFTAR JAMA'EI RAMADHAN 2025

    Majlis diadakan pada hari Selasa 18 Mac 2025 di Dewan Tun Abd Razak dan dipersekitarannya. Majlis bermula pada jam 6.00 petang dengan kehadiran guru-guru, ibu bapa/penjaga dan anak-anak pelajar. Ibubapa yang turut hadir pada hari ini adalah kerana mereka menghantar anak-anak mereka yang tinggal di asrama selepas bercuti 4 hari sempena Nuzul Al-Quran. Makanan disediakan oleh Dewan Makan Asrama SMA Maran dan juga dibawa oleh ibubapa dengan konsep "potluck". Selesai iftar, para hadirin bersama-sama solat Maghrib, Isyak dan Terawih berjemaah di dalam Dewan Tun Abd Razak. 

Tag: SMAM 2025 ramadhan

0 komen

Sila berikan komen anda di sini