Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

AMANAT PENGETUA

Assalamualaikum dan salam Sejahtera
 
Alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T
 
              Selamat Datang ke Portal Rasmi SMA Maran Pahang,. Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah serta ucapan terima kasih ditujukan kepada Bahagian Teknologi Maklumat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Pahang serta AJK Laman Web SMAM kerana telah berusaha gigih menjadikan laman web ini suatu kenyataan.Wujudnya laman ini membolehlah warga SMAM termasuk para ibu bapa berinteraksi dengan pihak sekolah supaya segala masalah dapat dibincang dan diselesaikan dengan baik. Pihak sekolah juga mengalu-alukan idea-idea penambahbaikan pengurusan sekolah dari semua pihak demi kesejahteraan murid-murid SMAM. Semoga laman ini menjadi perangsang kepada matlamat sekolah untuk menjadikan murid-muridnya cemerlang dari segi sahsiah, kurikulum, kokurikulum dan kepemimpinan .
                   
               Semoga usaha murni ini dapat terus mengukuhkan kewibawaan sekolah ini dalam melahirkan insan yang cemerlang dan seterusnya mendapat limpah hidayah daripada Allah Taala.

Terima kasih

MOHD FAIRUZ BIN AB KUDUS
Pengetua 
Sekolah Menengah Agama Maran 
26500 Maran 
Pahang Darul Makmur 

SEJARAH SEKOLAH

SMA Maran terletak kira-kira 2 Km dari pusat bandar Maran. Ianya terletak bersebelahan dengan lebuh raya pantai timur (LPT) dan jalan yang menghubungkan Maran dan Kuala Sentul. SMA Maran terletak di sebuah lembah yang dikenali sebagai Lembah Permata. 
 
                Kini SMA Maran telahpun berusia 57 tahun. Sejarah penubuhan SMA Maran bermula pada tanggal 14 April 1963 dengan tertubuhnya Sekolah Arab Maran yang diasakan oleh Tuan Haji Yahya B Buang, Tuan Haji Abdul Latif B Awang Kebab, Tuan Haji Abu Bakar B Mohd Sheikh dan Tuan Haji Pahang B Jambi. 
 
                Pada tahun yang sama tertubuhnya Sekolah Arab Maran, iaitu pada tarikh 25 Mac 1963, Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang membuat ketetapan untuk mengambil alih sekolah-sekolah agama rakyat yang berada di Pahang secara berperingkat peringkat memandangkan betapa pentingnya pengurusan dan pendidikan Islam kepada anak negeri Pahang. 
 
                 Pada tahun 1965, dalam usaha untuk memajukan pendidikan agama terutamanya untuk masyarakat di sekitar Maran, usaha-usaha telah dilakukan untuk merintis penubuhan Sekolah Menengah Agama Maran yang ditakbir oleh Kerajaan Negeri Pahang. Usaha ini telah dilakukan oleh pengetua sekolah ketika itu iaitu Ustaz Salleh B Pilus dengan dibantu oleh 3 orang guru iaitu Ustaz Abdul Halim B Mohammad, Ustaz  Abdul Hamid B Jamal dan Ustaz Mohammad B Long. 
 
                 Pada tahun 1972, dengan secara rasminya, Sekolah Menengah Agama Maran telah diambil alih oleh Kerajaan Negeri Pahang dan diletakkan di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Pahang(JAIP). Semua sekolah-sekolah agama rakyat yang diambil alih oleh Kerajaan Negeri Pahang, iaitu sebanyak 12 buah sekolah, dikenali sebagai Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri Pahang atau SMAN. 
 

MISI, VISI DAN MOTTO

MISI
MELAHIRKAN UMMAH YANG BERIMAN DAN
BERTAQWA MELALUI PENGURUSAN PdP  BERKUALITI  BERLANDASKAN AL-QURAN DAN SUNNAH

VISI
SMA MARAN CEMERLANG 2024 - 2028

MOTO
SIAPA BERUSAHA DIA BERJAYA 
MAN JADDA WA JADDA 
IF THERE IS A WILL 
THERE IS A WAY 

CARTA ORGANISASI