Majlis Penyampaian Saguhati Kepada Guru-guru Agama JAIP Tajaan Amanah Saham Pahang 2020
Pada hari Sabtu 8 Februari 2020, semua guru-guru ASPA yang berkhidmat di SMAN telah menghadiri majlis ini yang diadakan di Dewan Maahad SAS Jengka. Saguhati RM 1000 telah disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Bin Wan Ismail kepada semua guru-guru ASPA. Tahniah dan terimakasih diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang atas sumbangan ini. Adalah diharapkan selepas ini agar, nasib guru-guru ASPA akan lebih terbela untuk masa depan mereka seperti diserapkan ke jawatan tetap dan berpencen untuk menghargai jasa-jasa mereka dalam mendidik anak-anak Pahang.
0 komen