Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Teknik Pembelajaran Sains Konstruktivisme

    Penggunaan teknik konstruktivisme adalah berkonsepkan pembinaan ilmu yang dilakukan secara hands-on dan minds-on oleh pelajar-pelajar. Pelajar mencari maklumat dari sumber-sumber tertentu yang dinyatakan dan akan menyampaikan dapatan mereka dalam bentuk pembentangan. Selesai sesi pembentangan, pembentang akan menerima soalan daripada semua kumpulan pelajar dan akan cuba menjawabnya mengikut kemampuan mereka. Diharapkan ini akan menjadi perangsang kepada sesi perbincangan antara mereka yang akan mengayakan lagi pengetahuan yang mereka dapat dan akan menguatkan ingatan mereka tentang fakta-fakta yang telah diperbingkan. Ini diharapkan akan menjadikan sesi pembelajaran lebih aktif dan menarik perhatian mereka. InsyaALLAH.

Tag: SMAM 2019

0 komen

Sila berikan komen anda di sini