Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Gotong Royong Perdana Kali ke 3

     Alhamdulillah, bersempena dengan program 4K 2017, gotong royong perdana kali ke 3 telah dilaksanakan pada hari Jumaat 7 Julai 2017. Semua warga SMAM telah terlibat dan gotong royong telah dijalankan mengikut zon-zon yang telah ditetapkan. Gotong royong ini bertujuan untuk meningkatkan kebersihan, keceriaan dan keselamatan di seluruh SMAM. Ianya bermula seawal 8.10 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengahari. Diharapkan program ini akan dapat menghasilkan SMAM yang lebih kondusif untuk semua pihak. 

Tag: Gotong Royong Perdana zon SMAM 4k

0 komen

Sila berikan komen anda di sini