
Sembang Ameng Spring
Alhamdulillah, pada 20 Janiari 2018, seramai 30 pelajar putera dan 30 pelajar puteri SMAM telah dijemput untuk menghadiri satu sesi tazkirah maghrib yang diadakan di Masjid As-Syakirin Maran. Seusai solat Maghrib, sesi tazkirah yang disertai oleh 2 orang panel iaitu Ustaz Haji Ahmad Tarmizi Bin Abdul Rahman dan Saudara Ameng iaitu penyanyi kumpulan rock Spring telah bermula. Sesi santai ini menyaksikan Saudara Ameng Spring menceritakan liku-liku kehidupannya sehinggalah diberi hidayah oleh ALLAH untuk berubah. Sesi yang menarik ini diharapkan memberi tauladan dan motivasi kepada pelajar-pelajar SMAM khususnya untuk mengambil peluang belajar agama di sekolah dengan lebih serius untuk menjadi orang yang berjaya dunia dan akhirat. InsyaALLAH.
0 komen