Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Tag: "cg abdullah"

Papar Artikel

Tahlil Untuk Arwah Cikgu Abdullah

   Satu tahlil ringkas telah diadakan untuk Cikgu Abdullah yang diadakan selepas selesai bacaan Al-Quran beramai-ramai di Dewan Tun Abd Razak SMAM pada Jumaat 13 April 2018. Tahlil diketuai oleh Ustaz Farek. Semoga ALLAH mengampuni semua dosa cikgu Abdullah dan menempatkannya di kalangan orang-orang beriman. InsyaALLAH.

Tag: cg abdullah 2018

Papar Artikel

Tahlil Di Rumah Arwah Cikgu Abdullah

    Majlis tahlil telah dijalankan di rumah arwah Cikgu Abdullah yang bermula dari malam sabtu 7 April 2018 hingga malam Sabtu 13 April 2018. Sebahagian warga SMAM turut hadir yang melibatkan guru, staff dan pelajar-pelajar SMAM. Semoga ALLAH menempatkan rohnya di kalangan orang-orang soleh dan dicintai ALLAH. AAmeeen.

Tag: cg abdullah 2018

Papar Artikel

Jenazah Cikgu Abdullah Telah Selamat Dikebumikan

      Alhamdulillah, jenazah Cikgu Abdullah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Chedung, Maran pada malam ini Jumaat 7 April 2018. Jenazah telah dibawa ke perkuburan dari Masjid As-Syakirin selepas disembahyangkan pada lebih kurang pukul 9.00 Malam dan telah selesai pengkebumian pada pukul 10.30 Malam. Semoga rohnya tenang di sana, diampunkan segala dosa-dosanya dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Warga SMAM ingin mengucapkan terimakasih kepada semua...

Tag: cg abdullah 2018

Papar Artikel

Al-Fatihah Kepada Cikgu Abdullah

      Dimaklumkan kepada semua Cikgu Abdullah kita telah meninggal dunia lebih kurang pukul 3.57 petang Jumaat 7 April 2018 tadi. Jenazah akan dimandikan di Masjid Tanah Putih Kuantan dan akan dibawa balik ke Maran untuk dikebumikan selepas Isyak. Jenazah akan disembahyangkan di Masjid As-Syakirin Maran selepas solat Isyak. Marilah kita beramai-ramai ke Masjid As-Syakirin untuk bersolat jenazah dan seterusnya menghantar jenazah ke perkuburan. InsyaALLAH. Al-Fatihah.

Tag: cg abdullah 2018