Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Mukhayyam Arabiy Hari Pertama

    Hari pertama Mukhayyam Arabiy menyaksikan pertandingan Kalam Jamaie yang melibatkan beberapa kumpulan pelajar. Program yang melibatkan semua sekolah agama negeri ini mewajibkan setiap sekolah menghantar 4 orang pelajar sebagai wakil di mana daripada 4 orang pelajar itu 2 adalah lelaki dan 2 adalah perempuan, kecuali bagi sekolah yang hanya ada pelajar perempuan sahaja. Pada sebelah siangnya latihan Kalam Jamaie telah diadakan mengikut kumpulan dan pada sebelah malamnya pertandingan telah di buat di Dewan Maahad SAS. Ianya adalah untuk menggalakkan pembelajaran Bahasa Arab dalam bentuk yang lebih menarik dan mengembirakan. InsyaALLAH dan tahniah kepada semua yang menjayakan program ini. 

Tag: mukhayyam arabiy 2019

0 komen

Sila berikan komen anda di sini