SEMINAR SMA: SUBJEK FEQAH (16 OKTOBER 2025)
Seminar diadakan di Bilik KHB bermula dari jam 3.15 hingga 5.15 petang. Ianya disampaikan oleh Ustazah Ummu Hasnaa dari SMA Chenor. Semoga semua ilmu yang dicurahkan dapat dipraktikkan dan akan meningkatkan kejayaan dalam peperiksaan SMA. InsyaALLAH.
PERHIMPUNAN RASMI ISNIN 13 OKTOBER 2025
Perhimpunan diadakan di Dewan Tun Abd Razak, SMAM. Warga SMA Maran mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada Cikgu Siti Nur Aisyah (guru praktikal) dan Cikgu Nur Ainatun Nabilah (guru pengganti Cg Nurul Fathiyatul Nabilah) yang mula bertugas di SMA Maran pada hari ini Isnin 13 Oktober 2025. Warga SMAM juga mengucapkan tahniah kepada adik Nur Shasha Syazwani Binti Suhaimi yang telah memenangi pingat emas dalam pertandingan Kejohanan TaeKwan-do Piala YBS King Of...
SEMINAR KECEMERLANGAN SMA 2025: SUBJEK AL-QURAN
Ianya diadakan pada hari Ahad 12 Oktober 2025 di Bilik KHB SMA Maran bermula dari jam 9 hinggga 11 pagi. Ianya dihadiri oleh semua pelajar tingkatan 4. Seminar diselaraskan oleh Ustazah Salmiah.
SEMINAR KECEMERLANGAN SMA 2025: SUBJEK INSYAK
Seminar dijalankan di Bilik KHB SMA Maran pada hari Jumaat 10 Oktober 2025 dari jam 2.30 hingga 5.30 petang. Ianya diselaraskan oleh Guru Subjek Insyak, Ustazah Azifah.

