Ceramah Kesihatan Gigi
Satu ceramah kesihatan gigi telah disampaikan oleh Doktor farah Nini dari Klinik Kesihatan Maran pada hari Isnin 7 januari 2019. Ceramah ini bermula selesai sahaja perhimpunan pagi iaitu dari jam 8.10 pagi hingga 9.10 pagi. Semua pelajar terlibat dalam ceramah ini. Selepas ceramah berakhir, peperiksaan gigi telah diadakan di Klinik Kita SMAM bermula dengan pelajar-pelajar tingkatan 3A. Semoga kesihatan gigi pelajar-pelajar berada pada keadaan terbaik. InsyaALLAH.
0 komen