Warga SMAM mengucapkan Tahniah Atas Perlantikkan Yang Dipertuan Agong Ke-16
Kami warga SMAM merafak sembah mengucapkan tahniah atas perlantikkan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah Shah yang pada hari Khamis 24 Januari 2019 ini telah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baharu bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 31 Jan 2019. Pemilihan Seri Paduka Baginda dibuat pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-251 (Khas) di Istana Negara hari ini. Baginda menggantikan Sultan Muhammad V yang meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 berkuatkuasa 6 Jan lalu selepas memegang tampuk pemerintahan negara sejak 13 Dis 2016
Biodata Yang di-Pertuan Agong Ke-16
Sultan Pahang
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah
Keputeraan
30 Julai 1959 di Istana Mangga Tunggal, Pekan, Pahang
30 Julai 1959 di Istana Mangga Tunggal, Pekan, Pahang
PENDIDIKAN
1965 : Pra-sekolah di Sekolah Clifford, Kuala Lipis, Pahang
1966 – 1969 : Sekolah Kebangsaan Ahmad, Pekan, Pahang.
1970 – 1974 : Sekolah Rendah Kebangsaan St Thomas dan Sekolah Menengah Kebangsaan St Thomas, Kuantan, Pahang
1975 – 1977 : Aldenham School, Elstree, Hertfordshire, United Kingsdom.
: Davies College, London, United Kingdom.
1978 – 1979 : The Royal Military Academy Sandhurst, United Kingdom
1980 – 1981 : Worchester & Queen Elizabeth College, United Kingdom. Dianugerahkan Diploma In International Relations And Diplomacy Ketenteraan
1980 : Leftenan Muda, Royal Military Academy, Sandhurst, England (ditauliahkan oleh Ratu Elizabeth II)
: KaptenPasukan Kor Kavelri Diraja Malaysia.
1 Mei 1999 : Leftenan Kolonel, Rejimen 505 Askar Wataniah
1 Jun 2000 : Kolonel Rejimen 505 Askar Wataniah
1 April 2004 : Brigadier Jeneral, Komander Rejimen 505 Askar Wataniah
Pelantikan Tengku Mahkota Pahang
1 Julai 1975, Baginda dilantik menjadi Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang dan kemudiannya dimasyhurkan pada 23 Oktober 1977 di Istana Abu Bakar Pekan.
1 Julai 1975, Baginda dilantik menjadi Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang dan kemudiannya dimasyhurkan pada 23 Oktober 1977 di Istana Abu Bakar Pekan.
Pelantikan Pemangku Raja Pahang
Baginda pada usia 20 tahun dilantik menjadi Pemangku Raja Pahang pada 28 April 1979, untuk tempoh lima tahun iaitu selama tempoh Seri Paduka Ayahanda Baginda, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah, menjadi Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong VII.
Pada 8 Disember 2016, Baginda sekali lagi dilantik menjadi Pemangku Raja Pahang sehingga 11 Januari 2019 iaitu setelah Jumaah Pangkuan Diraja Negeri memutuskan untuk melantik baginda sebagai Sultan Pahang Keenam.
Sukan
Baginda begitu meminati bidang sukan dan ketika di England, baginda mengetuai Pasukan Polo Diraja Pahang dalam perlawanan antarabangsa di Windsor Polo Club, England, seterusnya mengambil bahagian dalam pertandingan di Singapura, Manila, Filipina, Brunei, Argentina, Amerika Syarikat, Sepanyol dan Belgium.
Baginda begitu meminati bidang sukan dan ketika di England, baginda mengetuai Pasukan Polo Diraja Pahang dalam perlawanan antarabangsa di Windsor Polo Club, England, seterusnya mengambil bahagian dalam pertandingan di Singapura, Manila, Filipina, Brunei, Argentina, Amerika Syarikat, Sepanyol dan Belgium.
Di Pekan, Baginda menubuhkan pasukan bola sepaknya sendiri dinamakan Pasukan Sri Mahkota Alam dan Baginda juga meminati sukan lain seperti golf, go-kart dan penerbangan ultralight.
Isteri
Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Al-Marhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj
Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Al-Marhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj
Keputeraan
5 Ogos 1960
5 Ogos 1960
Anakanda putera dan puteri
1. Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah
2. Tengku Puteri Iman Afzan
3. Tengku Puteri Ilisha Ameera |
4. Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah
5. Tengku Puteri Ilyana
6. Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah
7. Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah
8. Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah
9. Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah
1. Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah
2. Tengku Puteri Iman Afzan
3. Tengku Puteri Ilisha Ameera |
4. Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah
5. Tengku Puteri Ilyana
6. Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah
7. Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah
8. Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah
9. Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah
Jawatan disandang
Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang
Yang Dipertua Badan Kebajikan Kerabat-Kerabat Negeri Pahang
Canselor Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP)
Canselor Universiti Automotif DRB-HICOM Malaysia
Bola Sepak : Ahli Majlis Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF)
: Ahli Jawatankuasa Eksekutif FIFA
: Pernah menyandang jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)
Hoki : Presiden Persekutuan Hoki Malaysia
: Presiden Persekutuan Hoki Asia
: Ahli Lembaga Eksekutif Persekutuan Hoki Antarabangsa
Polo : Presiden Persatuan Polo Diraja Malaysia (RMPA)
: Presiden Kelab Polo Diraja Pahang (RPPC)
Skuasy : Presiden Kelab Skuasy Pahang (PSC)
Gold : Presiden Kelab Golf Diraja Pahang (RPGC)
Menembak : Presiden Kelab Menembak Diraja Pahang
Pencapaian
Pengerusi Jawatankuasa Penganjur 1997 FIFA World Youth Championship
Ahli Jawatankuasa Penganjur 2003 FIFA Confederations Cup, Paris
Pengerusi Jawatankuasa Penganjur 2011 FIP Polo World Cup, Malaysia
Pengerusi Jawatankuasa Penganjur 2012 FIH Congress, Kuala Lumpur
Pengerusi 2015 AFC Asian Cup Australia
Ahli Jawatankuasa Penganjur 2018 World Cup, Russia
(dipetik dari https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/01/523602/biodata-yang-di-pertuan-agong-ke-16)
0 komen