PENYAMPAIAN KIT ALAT TULIS KEPADA CALON SMA 2025 (21 NOVEMBER 2025)
Kit disampaikan oleh Pengetua SMAM, Tuan Haji Mohd Fairuz Bin Ab Kudus dan YDP PIBG SMA Maran, Encik Adnan. Terimakasih atas penyampaian dan semoga semua calon akan lebih bersedia dan mencapai keputusan cemerlang dalam SMA 2025. InsyaALLAH.
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SMA DAN SPM KEPADA SEMUA PELAJAR SMA MARAN
Warga SMA Maran menucapkan selamat menduduki Peperiksaan SMA dan SPM 2025 kepada semua calon-calon SMA Maran. Semoga semua calon akan dapat menjawab dengan baik dalam peperiksaan bertulis ini. InsyaALLAH. Untuk peperiksaan SPM 2025, pelajar telah pun selamat menduduki ujian mendengar Bahasa Melayu (10 dan 11 November 2025) dan Bahasa Inggeris (17 November 2025) serta ujjian mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (Khamis 20 November 2025).
SOLAT HAJAT PERDANA 2025
Dilaksanakan di Dewan TAR, SMAM pada hari Khamis 20 November 2025 bermula dari jam 7.00 petang hingga jam 9.00 malam. Tahniah diucapkan kepada semua ibubapa penjaga yang hadir ke majlis ini. Majlis dimulai dengan Solat Maghrib berjemaah, Solat Hajat, Bacaan Yaasin dan ditutup dengan Solat Isyak berjemaah. Semoga ALLAH swt memberikan kejayaan cemerlang kepada semua calon-calon SMA dan SPM 2025. InsyaALLAH.
MAJLIS PENYERAHAN PAKET INISIATIF MAKMUR PAHANG 2025
Majlis diadakan pada Khamis 20 November 2025 di Dewan TAR, SMAM jam 12.00 tengahari hingga 1.00 tengahari. Paket disampaikan oleh Dato' Jisshaelyz Bin Hamzah yang merupakan penyelaras DUN Luit dan beliau mewakili MB Pahang menyampaikan paket ini. Terimakasih diucapkan. Semoga ianya memberikan semangat kepada semua pelajar. InsyaALLAH.

