
Pemvaksinan COVID-19 telah bermula bagi guru-guru Daerah Maran
Pemvaksinan untuk guru-guru Daerah Maran telah bermula pada 19 Mac 2021 dan diadakan di Dewan Jubli Perak, Maran. Guru-guru yang terpilih telah mendaftarkan diri untuk mendapat suntikan di MySejahtera dan melalui Google form JPN Pahang. Semoga semua guru dalam keadaan bersedia sebelum pembukaan sekolah pada 4 April 2021 ini. InsyaALLAH
0 komen