Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Amanat pengarah JAIP sempena tahun baru 2022

AMANAT TAHUN BARU JAIP

Ucapan YH Dato'. Pengarah JAIP:
1. Ucapan terima kasih kepada semua warga JAIP.

2. Bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk meneruskan usaha dan melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan.

3. Semua warga perlu melaksanakan amanah dengan penuh tanggungjawab, dikasihi dan komitmen supaya JAIP terus berjaya dan maju.

4. Semua Ketua perlu Mempersiapkan diri untuk melaksanakan tugas dengan sebaik². Ketua juga menjadi qudwah kepada semua warga yang lain.

5. Semua warga JAIP perlu bekerja dengan penuh dedikasi untuk berkhidmat kepada masyarakat. Sesungguhnya Allah menyukai seseorang yang bekerja dengan tekun.

6. Tahun 2021 penuh dengan cabaran pandemik covid 19. Setiap sesuatu yang berlaku ada hikmah yang Allah sahaja mengetahui. 

7. Hujung 2021, kejadian banjir besar di negeri Pahang. Cabaran tersebut berjaya dihadapi dengan baik.

8. 2022, Kerajaan Pahang telah menyalurkan 123 juta kepada JAIP bagi belanja mengurus.

9. Perjawatan COS Guru ASPA telah diluluskan sebanyak 100 perjawatan.

10. Tertubuhnya PAID Pahang Barat dan lantikan AL Fadhil Qadhi daerah yang baru.

11. Seramai 11 pelajar asli memasuki SMAN Pahang. Pahang telah memenangi 4 anugerah berkaitan Orang asli.

12. Beberapa program telah berjaya dilaksanakan walaupun kekangan covid 19. Semua bahagian JAIP berjaya melaksanakan program yang telah dirancang pada tahun 2021.

13. Bahagian Pendidikan mengutamakan peningkatan dan pemantapan sumber manusia. Program pemantapan profesionalisme guru akan diteruskan.

14. Semua KPP akan diberi latihan Future leaders.

15. Kursus pengetua cemerlang dengan kerjasama IAB.

16. SMAN perlu ada perjawatan guru cemerlang.

17. Imam² perlu menjadi pembantu kepada semua AlFadhil Qadhi supaya mereka bersedia menjadi ketua pada masa hadapan.

18. Al Fadhil perlu kepada beberapa latihan supaya aspek pengurusan menjadi cemerlang setara dengan PTD.

19. Semua orang merupakan ketua. Setiap ketua bertanggungjawab terhadap orang di bawah mereka.

Tag: SMAM 2022 COVID-19

0 komen

Sila berikan komen anda di sini