La Tahzan
Jangan bersedih. Kita sebagai manusia pasti banyak menghadapi kegelisahan, kesedihan, kemuraman dan pelbagai rasa negatif yang membelenggu kehidupan seharian kita disebabkan dugaan dan cabaran yang kita hadapi. Apa yang penting adalah untuk kita sentiasa kembali kepada ALLAH dan sentiasa ingat kepadaNYA sebagai satu-satunya tuhan yang mengizinkan segalanya berlaku kepada kita. Itu adalah caraNYA untuk menyedarkan kita bahawa Dialah satu-satunya tempat untuk kita berserah diri. Kita sangat beruntung sebagai seorang Islam kerana dalam Islam kita beriman bahawa ALLAH yang maha esa merupakan satu-satunya tempat untuk kita bergantung harap dan satu-satunya tenpat untuk kita mengadu segala-galanya. Itulah cara ALLAH untuk menghancurkan sifat keakuan dan ego kita. Dengan menyedarkan kita bahawa Dialah sahaja yang mampu mengizinkan segala yang berlaku dalam dunia ini.
Allah tidak membebani seseorang itu melainkn sesuai dengan kesanggupanya
(surah Al-Baqarah ayat 286)
Segala ujian hidup yang kita hadapi adalah merupakan ujian ALLAH kepada kita supaya kita menjadi muslim yang lebih baik, supaya kita kembali semula kepadanya, supaya kita berserah dalam redha kepadanya dan supaya kita sentiasa ingat bahawa tiada kuasa melainkan kuasanya dalam dunia ini. Dia mahu kita sedar bahawa Dialah sebenar-benar tuhan yang sepatutnya menjadi tempat kita berdoa dan meminta. Maka hilangkanlah keegoan kita untuk sentiasa merintih, merayu, meminta dan berdoa kepada ALLAH yang maha esa. InsyaALLAH kita akan menjadi orang yang lebih beriman.
janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman.
(surah Al-Imran ayat 139)
Ya’qub menjawab: “Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku, dan aku mengetahui dari Allah apa yang kamu tiada mengetahuinya.” (Surah yusuf ayat 86)
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (Surah Al-Fatihah Ayat 5)
Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar terhadap-Ku. Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat. Sungguh, ALLAH berserta dengan orang-orang yang sabar. – ( Surah Al- Baqarah : 152 – 153)
Dan Apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka katakanlah sesungguhnya Aku dekat. Aku mengabulkan doa orang yang memohon apabila ia memohon kepadaKu. Maka hendaklah mereka memenuhi (panggilan/perintah)Ku, dan beriman kepadaKu agar mereka mendapat petunjuk (bimbingan) (Al-Baqarah: 186)
Tidaklah hambaKu mendekat kepadaku sejengkal melainkan Aku akan mendekat kepadanya sehasta. Tidaklah hambaKu mendekat kepadaKu dengan berjalan melainkan Aku akan mendekat kepadanya dengan berlari dan sebagainya. (Muttafaqun Alaih)
La Tahzan. Jangan bersedih. Semoga segala ujian akan menjadikan kita lebih dekat dan lebih beriman kepada ALLAH. InsyaALLAH. Aamiiiin.
Tidaklah hambaKu mendekat kepadaku sejengkal melainkan Aku akan mendekat kepadanya sehasta. Tidaklah hambaKu mendekat kepadaKu dengan berjalan melainkan Aku akan mendekat kepadanya dengan berlari dan sebagainya. (Muttafaqun Alaih)
La Tahzan. Jangan bersedih. Semoga segala ujian akan menjadikan kita lebih dekat dan lebih beriman kepada ALLAH. InsyaALLAH. Aamiiiin.
0 komen