Latihan Kebakaran (Fire Drill) Asrama
Alhamdulillah, SMAM telah berjaya menjalankan satu latihan kebakaran iaitu Pengosongan Bangunan pada malam 10 Mac 2017 pada pukul 12.30 malam. Terimakasih yang tak terhingga kami ucapkan kepada pasukan bomba Maran yang sudi memberi kerjasama, bantuan, nasihat dan taklimat kepada warga SMAM yang terlibat. Antara staff SMAM yang terlibat pada malam itu ialah semua warden diketuai oleh ketuanya Ustaz Sarafi, Ustaz Rahimi, Ustaz Azrul, Cikgu Nadia, Ustaz Zakwan, Cikgu Abdullah dan Tuan Pengetua SMAM sendiri iaitu Ustaz Shamsuri Bin Shamsudin. Warga SMAM juga berasa bertuah kerana taklimat kebakaran pada malam itu disampaikan sendiri oleh Ketua Balai Bomba Maran yang sudi seawal pagi turun bersama-sama warga SMAM. Terimakasih.
0 komen