MAJLIS RESTU ILMU SMA DAN SPM 2025
Majlis diadakan di Dewan Tun Abd Razak, SMAM pada pukul 8.30 pagi hingga 10.30 pagi 19 November 2025. Ianya dihadiri oleh calon-calon SMA dan SPM, guru-guru dan para pentadbir. Semoga semua calon akan mendapat kejayaan cemerlang dalam kedua-dua peperiksaan ini. InsyaALLAH.
TEMUDUGA TINGKATAN 1 SESI 2026
Program dijalankan di Dewan Tun Abd Razak, SMA Maran bermula dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari Sabtu 15 November 2025. Program dimulai dengan sesi pendaftaran pada jam 8.00 pagi diikuti oleh sesi ujian bertulis dari jam 8.30 hingga 10.00 pagi dan diakhiri dengan sesi temu uji untuk bacaan jawi dan Al-Quran. Tahniah kepada semua calon-calon dan ibubapa penjaga yang hadir pada sesi temuduga kali ini. Semoga kejayaan bersama anak-anak calon. InsyaALLAH.
MAJLIS PERPISAHAN USTAZ AMINUR DAN UNCLE SAM
Majlis diadakan pada hari Jumaat 14 November 2025 di Dewan Tun Abd Razak bermula dari jam 7.40 pagi hingga 9.00 pagi. Untuk makluman Ustaz Aminur telah mendapat tawaran sebagai guru KPM dan telah ditempatkan di SK Kapit 2, Serawak manakala Uncle Sam telah bertukar ke Pejabat Daerah Maran. Tahniah dan selamat jalan diucapkan kepada Ustaz Aminur dan Uncle Sam. Uncle Sam telah berkhidmat di SMA Maran selama 21 tahun.
TEMUDUGA KEMASUKAN TINGKATAN 1 SESI 2026
Kepada semua ibu bapa dan penjaga yang telah mendaftar secara dalam talian,
Dimaklumkan bahawa Temuduga Kemasukan Tingkatan 1, Sesi 2026 ke Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang akan berlangsung pada hari Sabtu, 15 November 2025, bermula pada jam 8.00 pagi.
Please take note! Don’t forget!
Sila hadir tepat pada masanya, bawa bersama dokumen yang diperlukan, dan pastikan pelajar berpakaian kemas serta sopan.
Thank you, and see you soon!

