Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Suntikan Vaksin Anti Tetanus

    Alhamdulillah, pada hari ini Khamis 1 Mac 2018, satu pasukan pegawai kesihatan dari Klinik Kesihatan Maran diketuai oleh Doktor Khairul telah berkunjung ke SMAM sekali lagi untuk memberikan suntukan vaksin anti tetanus kepada pelajar-pelajar tingkatan 3 SMAM. Semua pelajar tingkatan 3 telah terlibat dengan program ini. Sebelum suntikan diberikan, pelajar-pelajar telah mendengar taklimat ringkas dari Doktor Khairul mengenai kancing gigi, kemudian pelajar-pelajar juga telah menjalani pemeriksaan mata dan akhirnya diberikan suntikan tersebut. Terimakasih kami ucapkan kepada pasukan kesihatan Maran yang sentiasa mengambil berat tentang kesihatan warga SMAM. Terimakasih.

Tag: Suntikan Tetanus 2018

0 komen

Sila berikan komen anda di sini