Pondok Peringatan Tragedi Kebakaran 2017
Sebuah pondok untuk memperingati tragedi kebakaran satu blok ASPURI sedang dibina dihadapan pejabat SMAM diantara 2 blok sekolah. Pondok ini merupakan satu cetusan idea dari tuan Pengetua SMAM sendiri bertujuan untuk memperingati tragedi tersebut. Bahan binaan yang digunakan kebanyakkannya diambil dari kayu-kayu yang selamat dalam kebakaran blok tersebut. Ini merupakan satu simbolik untuk menunjukkan bahawa SMAM akan tetap kekal dan akan dibina semula untuk meneruskan kesinambungan pendidikan agama di Maran khasnya dan Pahang amnya. Semoga pondok ini akan sentiasa mengingatkan kita untuk bangkit dari kesukaran yang dihadapi. InsyaALLAH.
0 komen