TAHNIAH KEPADA PESERTA MLFS SMA MARAN YANG BERJAYA MENGHARUNGI KEM SELAMA 4 HARI 3 MALAM
Alhamdulillah, kem MLFS telah selesai pada hari ini Khamis 2 Oktober 2025. Semoga semua peserta akan lebih bermotivasi dalam pembelajaran mereka dan mampu berkongsi ilmu yang di dapati dengan semua pelajar-pelajar lain. InsyaALLAH.
LADAP GURU KALI KE-2
Diadakan di Bilik Mesyuarat SMA Maran pada Rabu 1 Oktober 2025 bermula dari jam 3.15 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang. Sesi perkongsian amalan baik pengajaran disampaikan oleh Ustaz Muhajir untuk SMA dan Ustazah Jazlina bagi SPM. Semoga ilmu yang didapati boleh diimplementasikan dalam sesi pengajaran subjek-subjek lain.
SESI PERJUMPAAN PENTADBIR BERSAMA CALON-CALON SMA 2025
Program diadakan di Makmal Komputer SMAM pada hari Isnin 29 September 2025. Pelajar dibahagikan kepada 2 sesi iaitu dari jam 11.30 hingga 12.30 pm untuk calon mendapat Rasib dan Makbul manakala 12.30 hingga 1.30pm untuk calon yang mendapat Jayyid dan Jayyid Jiddan.
PROGRAM MALAYSIA LEADER FUTURE SCHOOL
Seramai 10 orang pelajar SMA Maran (5 lelaki dan 5 perempuan) telah terlibat dalam program MFLS yang diadakan di Pusat Latihan Kepimpinan Kuala Sentul, Maran pada 29 September hingga 2 Oktober 2025.

