Keputusan SPM 2024 akan diumumkan pada hari Khamis 24 April 2025 bermula dari jam 10.00 pagi. Maklumat lanjut boleh diperolehi pada lampiran surat rasmi di atas.
Program dijalankan pada 22 Februari 2025 (Sabtu) dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang di Hotel Grand Makmur, Kuantan. Semua pelajar tingkatan 5 terlibat bersama-sama guru SPM sebagai guru pengiring dan fasilitator. Program diselaraskan oleh haji Mohd Al Shaari Bin Mohd Ramli (AJK PIBG SMA Maran) manakala penceramah/fasilitatornya ilah Prof. Dr Hairuddin Mohd Ali (UIA) dan Dr. Aziz Nor (SEGI University).
Kepada calon-calon SPM 2024 yang berminat untuk memasuki Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti (KK) dan MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA, BPT) bolehlah membuat permohonan UPUonline untuk kemasukan Sesi Akademik 2025/2026.
Warga SMAM mengucapkan tahniah kepada semua calon SPM 2024 yang berjaya mengharungi Peperiksaan SPM 2024 dengan berakhirnya peperiksaan Subjek PQS hari ini Rabu 5 Februari 2024. Tahniah, semoga kejayaan menanti semua calon SPM 2024. InsyaALLAH.