JADUAL UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK 2025 BAGI TINGKATAN 1 HINGGA 3 2025
Harap maklum semua pelajar dan ibu bapa yang terlibat. Semoga kejayaan bersama anak-anak pelajar. InsyaALLAH.
SIMULASI PEPERIKSAAN SPM DAN SMA 2025
Ianya dilaksanakan untuk menentukan tahap persediaan pelajar untuk menghadapi peperiksaan SMA dan SPM 2025. Ianya juga diharapkan untuk menggalakkan ulangkaji lebih extreme di kalangan pelajar sebagai persediaan untuk menghadapi kedua-dua peperiksaan tersebut.
PERHIMPUNAN RASMI PAGI ISNIN 27 OKTOBER 2025 DAN PENYAMPAIAN KUPON PENINGKATAN PRESTASI KEPADA PELAJAR
Dilaksanakan di Dewan Tun Abd Razak, SMAM dari jam 7.20 hingga 8.00 pagi. Penyampaian kupon dilakukan oleh GPK Pentadbiran, Cikgu Saiful Faizal Bin Karim. Setiap kupon yang diberikan bernilai RM5 yang boleh ditukarkan dengan makanan di kantin sekolah. Kupon yang diberikan juga adalah mengikut setiap subjek yang diambil. Jika pelajar mencatatkan kenaikan prestasi sebanyak 2 gred bagi 5 subjek, maka pelajar akan menerima 5 kupon, begitulah seterusnya. Tahniah kepada semua pelajar...
PROGRAM FIKRAH DAKWAH DAN TAUSIAH ILMIAH PROFESOR DR. ATIYYAH MUSTAFA MUHAMMAD HUSAIN
Diadakan di SMA Al-Wosto dari jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang.

