Sekolah Menengah Agama Al Wosto

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Papar Artikel

USAHA TERAKHIR...

20 Febuari, SMA Al Wosto
"Persiapan Akhir "

Latihan dan persiapan terakhir sedang dilakukan.  Semoga MASISUPA tahun ini terus dapat membuahkan hasil seperti yang diidamkan. 

Walau apa pun, terlebih dahulu tahniah diucapkan kepada semua guru dan pelajar yang telah bertungkus lumus serta berhempas pulas menggembleng tenaga untuk menjayakan MASISUPA ini.

Terima kasih sekali lagi wahai para guru dan pelajar SMA Al Wosto. 

Tahniah ! 

~admin~

Tag: Zon 3

Papar Artikel

PROGRAM SULUH BUDI, 4K & 5S

14 Febuari, SMA Al Wosto
 "Berilmu, Beramal, Bertaqwa"

Warga Al Wosto, sekali lagi dikunjungi oleh tetamu kehormat, dan kali ini oleh Al Fadhil Qadhi Encik Abdul Aziz bin Abdul Karim, AAP, AMP., Kadi Daerah Temerloh.  Al Fadhil Tuan Qadhi telah melapangkan masanya demi untuk melancarkan Program 4K dan 5S beserta merasmikan Program Suluh Budi anjuran pihak sekolah.

Majlis telah bermula kira-kira jam 10.30 pagi apabila para guru, ibu bapa serta pelajar mengambil tempat sementara...

Tag: suluh budi 4k

Papar Artikel

GOTONG-ROYONG PERDANA

11 Febuari, SMA Al Wosto
"Sekolah Dalam Taman"

Bermula jam 8 pagi, persekitaran SMA Al Wosto mula dibanjiri guru, penjaga serta pelajar.  Matlamat tersemai, membantu membersihkan persekitaran sekolah yang mungkin tercemar dek masa dan suasana.  Impian disanubari cuma satu, menjadikan "Sekolah Dalam Taman", sebagai satu realiti.  

Guru, penjaga dan pelajar telah dibahagikan kepada beberapa sektor kritikal yang memerlukan penyelenggaraan segera serapi mungkin.  Pihak sekolah...

Tag: gotong-royong

Papar Artikel

KEBAKARAN!

7 Febuari, SMA Al Wosto
"Bersedia Sentiasa"

Tepat jam 10 pagi, warga Al Wosto telah dikejutkan dengan laungan  loceng kecemasan yang bergema ke seluruh sekolah.  Laungan yang berlanjutan selama beberapa minit itu kemudiannya disusuli dengan pergerakan para pelajar dan guru yang bergegas menuju ke tapak perhimpunan secepat mungkin. 

Itulah sebahagian latihan kebakaran yang dilakukan oleh unit bomba Temerloh yang diketuai oleh Tuan Azmi bin Mohamad Nor, Pegawai Bomba Tinggi Daerah...

Tag: KEBAKARAN