Sekolah Menengah Agama Al Wosto

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Anti Virus Iman

SMA AL WOSTO, 21 JANUARI, 2018
"PROGRAM ANTI VIRUS IMAN"


Badan Dakwah dan Ibadah SMA AL Wosto dengan kerjasama Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) telah menganjurkan satu program pengukuhan iman iaitu "PROGRAM ANTI VIRUS IMAN". 

Program ini telah dijalankan pada hari Ahad, 21 Januari 2018, bermula jam 7.30 pagi dan berakhir jam 4.30 ptg.  Antara yang terlibat dalam  menjayakan program murni ini adalah 24 orang fasilitator dari Fakulti Dakwah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Program ini turut dibantu oleh pengarah program, Encik Shahril Akmal bin Ahmad Shukri.

Dengan kehadiran kira-kira 80 orang pelajar tingkatan 4 dan 5, program ini bertujuan antaranya untuk memberi kesedaran kepada para pelajar tentang ancaman atau penyakit yang boleh menggugat keimanan dan cara untuk mengatasinya.
 
Program ini turut dipantau oleh pensyarah KUIS dan guru SMAW.  Sekalung tahniah buat fasilitator kerana dapat melaksanakan tugas dengan baik .  Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada semua rakan guru yang terlibat atas kerjasama yang mantap.

"Terima kasih daun keladi... 
dengan bersatu semuanya jadi..." 

Insya Allah.

-russalinadaud-

Tag: kuis iman

0 komen

Sila berikan komen anda di sini