Sekolah Menengah Agama Al Wosto

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

SMA Al Wosto di meriahkan lagi!

        SMA Al Wosto di gegarkan lagi dengan kunjungan dari ibu bapa dan keluarga para pelajar yang akan menjadi sebahagian dari keluarga Al Wosto. Kira-kira 250 orang terdiri daripada pelajar dan keluarga mereka telah hadir untuk mendaftarkan diri bermula jam 9.30 pagi. 

        Pendaftaran telah dilakukan secara atas talian (online) yang disertai oleh kira-kira 25 orang guru yang bertungkus-lumus menjalankan tugas dengan amat dedikasi.  Pendaftaran ini di selia penuh oleh 2 guru penjaga rangkaian dan dibantu penuh oleh seorang  wakil dari pihak SUK iaitu En. Mohd. Afdzam bin Madzlan dari Bahagian Teknologi Maklumat, Pejabat SUK, Pahang.

        Pendaftaran berakhir dengan kemasukan kira-kira 103 orang pelajar dan telah berakhir kira-kira jam 12.30 tengah hari. 

       Pihak sekolah ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak SUK kerana telah membantu kami dalam menjayakan proses pendaftaran ini dengan jayanya.

                     
                       TAHNIAH KEPADA SEMUA PUHAK YANG TERLIBAT ...  !!!

Tag: al wosto pendaftaran 2017

0 komen

Sila berikan komen anda di sini