Sekolah Menengah Agama Al Wosto

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Terimakasih Cikgu...

Hendak turun badan pun basah;
Batang galah haluan perahu,
Niat di hati tak mahu berpisah;
Kehendak Allah siapa yang tahu.
 
Bintang barat terbit petang;
Bintang timur terbit pagi,
Jika tidak melarat panjang;
Ada umur bertemu lagi.
 
12 September 2019, Dewan Al Hasan, SMA Al Wosto

Satu Majlis Perpisahan telah diadakan di Dewan Utama Al Hasan tepat jam 9 pagi, sempena pertukaran Puan Hajah Siti Meriam binti Mohamad, mantan pengetua sekolah ini.  Mengenang peristiwa 8 tahun lalu, beliau telah memulakan khidmatnya di SMA Al Wosto pada 15 Febuari 2011 dan hinggalah ke hari ini, yang menyaksikan berakhirnya perkhidmatan beliau pada 12 September 2019.
 
Terkenal dengan sikap tegas tetapi penyayang , Puan Siti Meriam telah berusaha sepenuh tenaga dalam menjalankan tugas sebagai pengetua yang penuh berdedikasi. Pihak guru dan kakitangan SMA Al Wosto dengan ini mengucapkan selamat menjalankan tugas di Sekolah Menengah Agama Al Khairiah, dan semoga Puan Pengetua Siti Meriam dapat terus menabur bakti demi anak dan bangsa.
 
“Jasamu sentiasa dikenang…”

*artikel ini beserta foto dan video di ruangan galeri  :)
https://www.instagram.com/wostoinsta

Tag: pengetua

0 komen

Sila berikan komen anda di sini