Sekolah Menengah Agama Al Wosto

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Aku Seorang Guru...

2 Mei 2019, SMA Al Wosto

     Satu ceramah motivasi telah diadakan di Bilik Mesyuarat yang bertemakan "Kelestarian Pendidikan Masa Kini". 
 
   Ceramah telah disampaikan oleh En. Mohamad Ekhzan bin Mohamed Shukor, pensyarah dan kaunselor dari CADDCAM Academy, Yayasan Terengganu.
 
 
    Antara yang ditekankan adalah pentingnya keikhlasan dan keseronokan bekerja dalam kehidupan seharian. Penyampaian juga diisi dengan teknik terkini Pengajaran dan Pembelajaran yang sesuai dengan generasi masa kini.
 
~admin~
 
*Artikel diterbitkan pada jam 4.30 petang. 

Tag: motivasi

0 komen

Sila berikan komen anda di sini