Sekolah Menengah Agama Al Wosto

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Perlawanan Persahabatan

SMA AL WOSTO, 31 Januari 2018

" Bolasepak Persahabatan SMA Al Wosto dan SMKT "

SMA Al Wosto dan Sek. Men. Kebangsaan Temerloh (SMKT) telah melangsungkan perlawanan persahabatan pra-masisupa di Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh(SMKT). 

Kehadiran tunggak utama SMA Al-Wosto, Megat Muhammad Adib bin Badaruzzaman telah berjaya membantu kemenangan sebanyak 3-0. Gol pertama dijaringkan oleh Muhammad Faris Farhan bin Muhammad Ruzaini hasil hantaran Megat Muhammad Adib.  Gol kedua pula dijaringkan oleh Megat Muhammad Adib hasil sepakan percuma dan gol ketiga dijaringkan oleh Muhammad Firdaus bin Mohd Sabri hasil lorongan Husaini Syazri bin Hussin. 

Walaupun hujan, perlawanan tetap diteruskan dengan penuh semangat kesukanan yang tinggi di kalangan pemain kedua-dua sekolah. 

~azim~

Tag: persahabatan

0 komen

Sila berikan komen anda di sini