Sekolah Menengah Agama Al Wosto

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Papar Artikel

Selamat datang Cikgu...

Sayang kumbang mencari makan;
Terbang seiring ditepi kali,
Selamat datang kami ucapkan;
Moga diiringi restu Illahi
 
Terbang helang di hujung salang;
Hinggap berdua di dahan ara,
Pencetus wawasan pemangkin gemilang;
Bernaung khidmat tuan pengetua.

17 September 2019, Dewan Al Hasan , SMA Al Wosto

“Patah tumbuh, hilang berganti…”

Bak kata pepatah Melayu lama, setiap yang hilang, pasti akan berganti.  Kedatangan Puan Hajah Noraini binti Abdul Manaf ke sini, telah melengkapkan kembali struktur...

Tag: pengetua

Papar Artikel

Terimakasih Cikgu...

Hendak turun badan pun basah;
Batang galah haluan perahu,
Niat di hati tak mahu berpisah;
Kehendak Allah siapa yang tahu.
 
Bintang barat terbit petang;
Bintang timur terbit pagi,
Jika tidak melarat panjang;
Ada umur bertemu lagi.
 
12 September 2019, Dewan Al Hasan, SMA Al Wosto

Satu Majlis Perpisahan telah diadakan di Dewan Utama Al Hasan tepat jam 9 pagi, sempena pertukaran Puan Hajah Siti Meriam binti Mohamad, mantan pengetua sekolah ini.  Mengenang peristiwa 8 tahun lalu, beliau...

Tag: pengetua

Papar Artikel

GEOGRAFI PULA... 

24 Mei 2019, SMA Al Wosto.

Jika beberapa hari lalu taklimat Sejarah diadakan, kini subjek Geografi pula mengambil tempat. Seperti biasa, semua guru geografi dan pelajar tingkatan 3 diwajibkan hadir.

Taklimat awal telah dijalankan kira-kira sejam oleh Puan Norbaiza Hasan dan puan Saidatul Zariah Hamdan.

Taklimat berakhir kira-kira jam 10.30 pagi.
Semoga ia memberi sedikit sebanyak maklumat kepada pelajar yang terlibat.

*artikel ini beserta foto di ruangan galeri  :)
...

Tag: pt3 geografi SEJARAH

Papar Artikel

MAJLIS KHATAM AL QURAN

24 Mei 2019 (Jumaat), SMA Al Wosto.
"Ramadhan Kareem", Allahu Akram"

Satu program anjuran Badan Dakwah dan Tarbiah SMA Al Wosto telah diadakan pada jam 8.00 pagi di Dewan Al Hasan sempena Program Ihya' Ramadhan 1440H. 

Program Khatam Al Quran tersebut telah diadakan dengan kerjasama seluruh warga SMA Al Wosto dan para pelajar.

Semoga pelaksanaan program ini dapat memberi manfaat kepada semua peringkat.

*artikel ini disertakan foto diruangan galeri.
https://www.instagram.com/wostoinsta

Tag: ramadhan