Sekolah Menengah Agama Al Wosto

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Ucapan Pengetua SMA Al Wosto

بسم الله الرحمن الرحيم     
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dengan limpahan rahmat serta keizinanNya dapat saya menyampaikan sepatah dua kata untuk aluan Portal SMA Al-Wosto pada kali ini. Semoga kehadiran saya pada situasi ini akan menyemarakkan lagi semangat juang dalam kalangan pelajar, guru, staf serta warga kerja yang saya kasihi sekalian.

Tuan Puan yang dirahmati Allah sekalian,

Sekian, terima kasih.
#KebersamaanMendokongKecemerlangan
#UsahaLuarBiasaHasilPastiLuarBiasa
Pn. Romila binti Amir Hamzah
Pengetua, SMA Al-Wosto

CARTA ORGANISASI

.

Sejarah Sekolah Menengah Agama Al Wosto

Kampung Berhala Gantang,
28000, Temerloh, Pahang Darul Makmur
 
 
      Sekolah Menengah Agama Al-Wosto, yang terletak di Kampung Gantang, kira-kira 10 kilometer dari bandar Temerloh, telah diasaskan satu sistem persekolahan yang diberi nama Madrasah Al-Wosto. Pembinaan ini adalah atas inisiatif almarhum Haji Hasanuddin Mohammad pada tahun 1948.
 
      Sebenarnya, jika dikaji dari urutan masa, tradisi pengajian pondok di kampung itu telah wujud sejak abad ke 17 lagi. Pada ketika sistem pengajian pondok telah didukung oleh seorang ulama terkenal iaitu Tok Shahibuddin Zainal Abidin (1650-1770). Beliau mendapat pendidikan agama di Kelantan, Terengganu, Fatani, Kedah, Acheh dan Badawi.
 
       Pada pertengahan abad ke-20, sistem pondok itu kemudian bertukar kepada sistem sekolah pada pertengahan abad ke-20. Madrasah Al-Wosto yang dilestarikan oleh Haji Hasanuddin itu telah menyediakan kurikulum yang lebih mantap dengan guru-guru terlatih yang berpengetahuan.  Menurut Haji Hasanuddin, madrasah tersebut dinamakan Al-Wosto kerana kedudukannya di tengah-tengah antara Kuala Sungai Pahang dengan Kuala Sungai Tembeling di sebelah hulunya. Manakala Kampung Berhala Gantang sendiri terletak di tengah-tengah negeri Pahang. Al-Wosto bererti "tengah". Kedudukannya yang di tengah-tengah itu menjadikan pelajar-pelajar dari segenap negeri Pahang mudah bertemu.
 
       Kajian menunjukkan bahawa pada tahun-tahun 1950-an dan 1960-an, terdapat pertambahan seramai 400 orang pelajar. Bahkan pengajiannya pada tahun-tahun 1960-an telah dianggap setaraf dengan pendidikan universiti.  Madrasah Al-Wosto pada awalnya menggunakan sebuah bangunan yang didirikan secara gotong-royong oleh penduduk setempat. Disahkan bahawa bangunan tersebut terletak di kawasan masjid Berhala Gantang yang ada sekarang ini.
 
       Walaupun pada tahun 1948 itu telah dimulakan pengajian di Madrasah Al-Wosto sebagaimana yang disebutkan, namun pondok-pondok pengajian agama masih boleh didapati di Kampung Berhala Gantang. Malah kuliah-kuliah agama dengan jadual-jadual yang tersusun masih lagi berterusan di masjid kampung itu sebagaimana masa-masa dahulu itu.
 
            Pada tahun 1966 umpamanya, Al-Wosto berjaya mewujudkan pengajian Kelas Lapan untuk pelajar-pelajarnya.  Pengajian pada peringkat itu sama tarafnya dengan pengajian di universiti. Pada tahun 1970 iaitu sewaktu negara menghadapi zaman kemelesetan, sekolah itu turut menerima bahangnya apabila pelajar-pelajar sukar membayar yuran pengajian. Namun, Al-Wosto tetap berjalan lancar walau dalam keadaan yang sukar itu.

            Demi kesinambungan pengajian itu, Madrasah Al-Wosto diserahkan kepada Kerajaan Negeri pada tahun 1982. Sekolah yang diletak di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) sehingga sekarang mempunyai bangunannya yang selesa. Selain bilik-bilik pengajian, telah disediakan asrama untuk pelajar lelaki dan asrama untuk pelajar perempuan. Di samping itu terdapat pelbagai kemudahan seperti padang, bilik-bilik makmal, dan bengkel untuk pelajaran-pelajaran tertentu.
            
            Kini, Sekolah Menengah Agama Al-Wosto dapat menampung pelajar-pelajarnya antara 400 hingga 600 orang. Bahkan sekolah ini merupakan sekolah pilihan untuk pelajar-pelajar cemerlang dari luar Berhala Gantang. Manakala bagi pelajar-pelajar dari Kampung Berhala Gantang dan kampung-kampung sekitar yang berdekatan, Al-Wosto merupakan pilihan mereka yang utama secara terus dari sekolah rendah. Keistimewaan ini diberi sedemikian rupa sebagai galakan utama kepada anak-anak di kampung tersebut. 
 
dipetik dan diolah secara bebas dari : 
zuraidahbahari.blogspot.com/2009/08/imbas-kembalikenangan-smaw.html ����ה�

Misi dan Visi Sekolah



MISI

MELAHIRKAN GENERASI YANG CEMERLANG DAN GEMILANG DARI SUDUT PENGUASAAN ILMU, AMAL DAN TAQWA



VISI

SEKOLAH MENENGAH AGAMA AL WOSTO BERILTIZAM UNTUK TERKEHADAPAN DARI ASPEK PENGURUSAN PENDIDIKAN MENJELAGNG TAHUN 2020

Maklumat Guru

 

Guru Al-Quran

Selamah bt Mohd Yunus


Siti Khadijah bt Mustafa

Mohamad Hafidz B Abdul Halim
 


Rosmini bt Abdullah 


Rohaya bt Khamis 

Kakitangan Pejabat

Muhammad Mustaqim Bin Kamaruddin 

Norobaini Bt Ahmad 

Mohd Roslan Bin Zainudin 

Rozali Bin Jaafar