Sekolah Menengah Agama Al Wosto

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

KEBAKARAN!

7 Febuari, SMA Al Wosto
"Bersedia Sentiasa"

Tepat jam 10 pagi, warga Al Wosto telah dikejutkan dengan laungan  loceng kecemasan yang bergema ke seluruh sekolah.  Laungan yang berlanjutan selama beberapa minit itu kemudiannya disusuli dengan pergerakan para pelajar dan guru yang bergegas menuju ke tapak perhimpunan secepat mungkin. 

Itulah sebahagian latihan kebakaran yang dilakukan oleh unit bomba Temerloh yang diketuai oleh Tuan Azmi bin Mohamad Nor, Pegawai Bomba Tinggi Daerah Temerloh.  Latihan itu juga merupakan sebahagian dari latihan keselamatan sekolah sekiranya berlaku sesuatu kebakaran. 

Pihak bomba juga turut melakukan demonstrasi memadam api dan penggunaan peralatan pemadam api dengan cara yang betul. Tidak ketinggalan juga tips yang perlu dilakukan oleh sesiapa juga jika mengalami kebakaran di rumah. 

Latihan kebakaran telah berakhir kira-kira pada jam 1. 30 tengahari. 


*Artikel ini berserta foto diruangan galeri. 
~admin~

Tag: KEBAKARAN

0 komen

Sila berikan komen anda di sini