Sekolah Menengah Agama Al Wosto

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Program Hadiah Ramadhan

6 Mei 2021, SMA Al Wosto
 
Satu program amal telah dianjurkan oleh Aman Palestin dan Kelab Perwira Malaysia Cawangan Temerloh.  Majlis diadakan bersempena program Penyerahan Hadiah Ramadan untuk Anak-anak Asnaf & Anak Yatim.  Sumbangan telah disampaikan oleh Pegawai Waran 2 Kelab Perwira, Ustaz Ahmad Fadhlullah Hilmi bin Mohd Fazilah dan diiringi oleh Pegawai Aman Palestin Temerloh, Encik Mohd Firdaus bin Mat Yunus.
 
Seramai 25 anak yatim dan 55 pelajar asnaf telah dipilih untuk menerima sumbangan tersebut.  Para pelajar tersebut telah menerima sumbangan berupa barang-barang keperluan asasi dan dan duit raya berjumlah Rm 50.00.
 
Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga dan semoga hubungan silaturahim antara sekolah dengan Pihak Aman Palestin dan Kelab Perwira Cawangan Temerloh berterusan dan dapat bekerjasama untuk masa yang akan datang. In shaa Allah. 
 
Majlis bersurai kira-kira jam 12.30 tengahari
 
 
“Bersama Hentikan Wabak COVID-19
 *artikel ini beserta foto dan video di ruangan galeri  :)

Tag: Aman Palestin

0 komen

Sila berikan komen anda di sini