Sekolah Menengah Agama Al Wosto

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Tag: "pt3"

Papar Artikel

Bahasa Inggeris PT3 bocor?

1 Oktober 2019, SMA Al Wosto

Khabar angin yang menyatakan kertas Bahasa Inggeris PT3 (2019) telah bocor dan akan dibuat pentaksiran ulangan adalah tidak benar. Kenyataan penafian ini telah dibuat oleh Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Pendidikan Malaysia pada hari yang sama pentaksiran dibuat.

Kredit : Berita Harian
https://www.instagram.com/wostoinsta

Tag: pt3

Papar Artikel

Bermulanya sebuah perjalanan...

1 Oktober 2019, Dewan Al Hasan, SMA Al Wosto

Bagi anak-anak  ini, maka  bermulaIah sebuah  perjalanan. Titipkan  doa untuk mereka.  Semoga mereka dapat menjadi pelindung bagi negara dan generasi yang akan datang.

amin...
https://www.instagram.com/wostoinsta

Tag: pt3

Papar Artikel

GEOGRAFI PULA... 

24 Mei 2019, SMA Al Wosto.

Jika beberapa hari lalu taklimat Sejarah diadakan, kini subjek Geografi pula mengambil tempat. Seperti biasa, semua guru geografi dan pelajar tingkatan 3 diwajibkan hadir.

Taklimat awal telah dijalankan kira-kira sejam oleh Puan Norbaiza Hasan dan puan Saidatul Zariah Hamdan.

Taklimat berakhir kira-kira jam 10.30 pagi.
Semoga ia memberi sedikit sebanyak maklumat kepada pelajar yang terlibat.

*artikel ini beserta foto di ruangan galeri  :)
...

Tag: pt3 geografi SEJARAH

Papar Artikel

PT3 MENJENGUK LAGI...

9 Oktober, SMA Al Wosto.      Kelihatan tenang dan tekun para pelajar menjawab soalan PT3 yang sedang berlangsung. Peperiksaan ini dilaksanakan selama empat hari bermula 9 hingga 12 Oktober. Pihak sekolah ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada para pelajar dan semoga dapat menjawab dengan baik dan beroleh kejayaan cemerlang.  

~ admin ~

Tag: pt3 al wosto