Sekolah Menengah Agama Al Wosto

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Selamat datang Cikgu...

Sayang kumbang mencari makan;
Terbang seiring ditepi kali,
Selamat datang kami ucapkan;
Moga diiringi restu Illahi
 
Terbang helang di hujung salang;
Hinggap berdua di dahan ara,
Pencetus wawasan pemangkin gemilang;
Bernaung khidmat tuan pengetua.

17 September 2019, Dewan Al Hasan , SMA Al Wosto

“Patah tumbuh, hilang berganti…”

Bak kata pepatah Melayu lama, setiap yang hilang, pasti akan berganti.  Kedatangan Puan Hajah Noraini binti Abdul Manaf ke sini, telah melengkapkan kembali struktur pentadbiran di SMA Al Wosto.  Tepat pada hari ini, Puan Hajah Noraini telah memulakan perjalananperkhidmatannya sebagai pengetua SMA Al Wosto untuk kesekian kalinya.
 
 
Semoga kedatangan Puan Pengetua dapat meneruskan legasi dan meneruskan pembaharuan demi kemajuan anak-anak didik di sekolah ini.
 
“Selamat bertugas Cikgu…”

*artikel ini beserta foto di ruangan galeri  :)
https://www.instagram.com/wostoinsta

Tag: pengetua

0 komen

Sila berikan komen anda di sini