Sekolah Menengah Agama Al Wosto

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

SOLAT HAJAT PERDANA

26 September 2019, Dewan Al Hasan, SMA Al Wosto

Satu Solat Hajat telah diadakah pada malam tadi, bertempat di Dewan Utama Al Hasan.  Semoga anak-anak didik SMA Al Wosto terus diberi kejayaan dalam peperiksaan tahun ini.

Doakan mereka bersama...

"Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
 
Kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami mohon taufik dan hidayah Mu ya Allah. Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa anak anak kami, dosa saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru guru kami dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat.
 
Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
 
Ikhlaskan hati anak anak kami untuk mempelajari ilmu Mu. Tetapkan niat dihati mereka agar apa yang mereka lakukan ini semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah.  Kami mohon kepada Mu, permudahkanlah mereka faham apa yang diajar oleh guru-guru mereka ketika mereka berada di dalam kelas. Lapangkanlah dada mereka untuk menerima ilmu Mu ya Allah.
 
Ya Allah,  Ya Tuhan Kami,
 
Jadikanlah anak anak kami pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat. Kami mohon kepada Mu, Kau perbaikilah akhlak anak anak kami. Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang dan mempunyai sahsiah diri yang baik. Tanamlah sifat mahmudah dalam diri mereka dan buanglah sifat mazmumah dalam diri mereka.
 
Sesungguhnya, anak kami inilah harapan kami. Kami mahu mereka Berjaya ya Allah. Kami mahu mereka mengubah nasib keluarga kami ya Allah. Berikanlah taufik dan hidayah Mu yang berkekalan ya Allah.
 
Perkenankanlah doa-doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah Tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini.
 
Bantulah kami ya Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin..."
Kredit : http://www.fatehteam.com

*artikel ini beserta foto di ruangan galeri  :)
https://www.instagram.com/wostoinsta

Tag: Solat Hajat

0 komen

Sila berikan komen anda di sini