Sekolah Menengah Agama Al Wosto

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

PERPISAHAN...

SMA AL WOSTO, 12 JANUARI, 2018


"SELAMAT BERTUGAS..." 

Warga SMA Al Wosto telah mengadakan satu majlis perpisahan untuk saudara Khairil Azwan bin Mohd. Yusuf yang akan berpindah dan bertugas di Pejabat Daerah dan Tanah Bentong.

Saudara Azwan memulakan perkhidmatannya pada 1 Mei 2013 sehingga 14 Januari 2018. Selepas bertugas selama lebih 5 tahun, saudara Azwan telah  menjalankan tugas dengan cemerlang dan amat membantu dalam hal ehwal kewangan sekolah ini. 

Warga Al Wosto mengucapkan jutaan terima kasih kepada saudara Azwan atas perkhidmatannya dan mengucapkan selamat maju jaya semasa bertugas di tempat baru.

-admin-

Tag: azwan

0 komen

Sila berikan komen anda di sini