Rutin kami...
25 Januari 2020, SMA Al Wosto
بسم الله الرحمن الرحيم
Setiap hari pelajar-pelajar asrama akan solat berjemaah di surau pada tiap-tiap solat fardhu. Imam dan bilal dipilih berdasarkan jadual yang telah ditetapkan oleh ketua warden. Solat dilakukan di surau lelaki bagi setiap penghuni aspura manakala penghuni aspuri di surau perempuan. Pelajar juga mengadakan qiamullail sebelum subuh setiap hari sabtu dan ahad.

Pembacaan yang telah dilakukan oleh pelajar pada setiap hari selepas solat isyak adalah bacaan surah Al-Mulk. Pembaacaan yang lain pula seperti bacaan Yassin dan Tahlil akan dilakukan pada setiap hari khamis selepas solat Maghrib. Pelajar juga tidak meninggalkan amalan pembacaan Al-Mathurat yang dilakukan pada petang hari selepas solat asar setiap hari manakala selepas subuh pada hari Sabtu dan Ahad.
Pelajar juga melakukan amalan-amalan sunat yang lain seperti puasa Isnin dan Khamis, solat hajat, tadarus Al-Quran dan lain-lain apabila mempunyai kelapangan waktu.
Semoga dengan pelbagai aktiviti yang dilakukan pelajar-pelajar akan terus istiqamah melakukannya di rumah kediaman mahupun di asrama. Segala aktiviti yang dilakukan akan memberi kesan yang baik dalam diri pelajar seterusnya menerapkan ke dalam kalangan keluarga pelajar.

Laporan disediakan oleh:
MUHD IQBAL RUSDI B CHE RUS
SETIAUSAHA IBADAH ASRAMA
0 komen