Sekolah Menengah Agama Al Wosto

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Watikah Pelantikan Pengawas

22 Okt., 2021, SMA Al Wosto
 
Kira-kira jam 8 pagi, satu majlis pelantikan pengawas telah diadakan di Dewan Al Hassan, SMA Al Wosto.  Walaupun sedikit terlewat, majlis pelantikan ini tetap dijalankan bagi mengiktiraf para pengawas di sekolah ini.  Seramai 57 orang orang pelajar telah dipilih berdasarkan kriteria kecemerlangan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.  
 
Majlis pelantikan ini telah di rasmikan oleh Tuan ASP Hairol Azhar bin Abdul Aziz, Pegawai PIFOS (D13. JSJ.) dari IPD Temerloh.
 
Pihak sekolah turut merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak IPD Temerloh khasnya Tuan ASP Hairol Azhar bin Abdul Aziz kerana sudi meluangkan masa untuk anak-anak Al Wosto.  Semoga hubungan silaturahim antara pihak sekolah dengan IPD Temerloh berterusan erat untuk untuk masa yang akan datang. In shaa Allah. 
 
Majlis bersurai kira-kira jam 9 pagi.
 
 
“Bersama Hentikan Wabak COVID-19
 *artikel ini beserta foto dan video di ruangan galeri  :)

Tag: pengawas

0 komen

Sila berikan komen anda di sini