Sekolah Menengah Agama Al Wosto

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Selamat Datang Pelajar STAM

Bismillahirrahmanirrahim.....
Tahun 2020 telah mencatat sejarah bermulanya Tingkatan 6 di sekolah ini. Seramai 61 orang pelajar telah mendaftar sebagai pelajar STAM bagi tahun 2020. Hadir dengan satu matlamat iaitu untuk berjaya dalam peperiksaan STAM, kami warga Al-Wosto sangat mengalu-alukan kehadiran mereka. 

Kejayaan yang telah diperoleh dalam peperiksaan SMA diharapkan menjadi pendorong untuk mencapai kecemerlangan di dalam peperiksaan STAM pada bulan OKTOBER nanti. 

"Sayang Kumbang Mencari Makan
Terbang seiring di tepi kali
Selamat Datang Kami Ucapkan
Moga Diiring Restu Ilahi"

"Ingin Sekali Makan Kari
Kari Cendawan Batang Keladi
Girang Rasa Tidak Terperi
Bertemu Tuan Yang Baik Budi"

Tag: STAM2020

0 komen

Sila berikan komen anda di sini