Sekolah Menengah Agama Al Wosto

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

TEMASYA TELAH BERAKHIR...

25 Febuari, SMA Al Wosto
"Kemeriahan...telah berakhir.. "

Lebih kurang jam 1 tengahari, berakhir sudah temasya sukan dan ilmiah MASISUPA peringkat Zon 3. Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Mohd. Fadzli bin Mohd. Kenali, (DIMP., SAP., AAP., AMP), Pegawai Daerah Temerloh. 

Pada usia 34 tahun, MASISUPA kini berlabuh di SMA Al Wosto, untuk mencari juara bagi mewakili Zon 3 ke acara kemuncak yang bakal diadakan di SMA Al Maidah Addiniah, Padang Tengku yang dijadualkan pada 16 hingga 19 Mac nanti. Untuk makluman, Zon 3 mengandungi 6 buah sekolah iaitu SMA Al Wosto, SMA Al Khairiah , SMA Al Ittifaqiyyah, SMA Chenor, SMA Pelangai dan SMA Darul Naim. 

Bagi tahun ini, Zon 3 di juarai oleh SMA Chenor dalam acara sukan, manakala SMA Al Khairiah juara dalam acara ilmiah sekaligus juara keseluruhan. 

Sekali lagi, pihak sekolah merakamkan jutaan penghargaan atas segala kerjasama yang telah diberikan oleh semua pihak dalam menjayakan temasya ini.


~admin~
*Artikel ini disertakan dengan photo dan diruangan galeri.

Tag: MASISUPA

0 komen

Sila berikan komen anda di sini