Sekolah Menengah Agama Al Wosto

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Hari Kecemerlangan 2017

Hari Kecemerlangan SMA Al Wosto telah berlangsung dengan meriahnya pada 9 April 2017. Bertempat di Dewan ASPURI, acara ini telah dirasmikan oleh YB. Dato' Sri Haji Mohd. Sharkar bin Haji Shamsudin (SSAP., SIMP., DSAP., DIMP..) pada jam 10.30 pagi. 

Majlis dimulakan dengan ucapan YDP. PIBG, En Mutamam bin Jaafar, diikuti ucapan Puan Pengetua, Puan Siti Meriam binti Mohamad dan diikuti ucapan Yang Berhormat Dato' Sri Haji Mohd. Sharkar bin Haji Shamsudin. 

Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan bacaan sajak oleh para pelajar dan penyampaian Anugerah Pelajar dan Guru Cemerlang.

Tag: al wosto Kecemerlangan 2017

0 komen

Sila berikan komen anda di sini