Sekolah Menengah Agama Al Wosto

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

GOTONG-ROYONG PERDANA

11 Febuari, SMA Al Wosto
"Sekolah Dalam Taman"

Bermula jam 8 pagi, persekitaran SMA Al Wosto mula dibanjiri guru, penjaga serta pelajar.  Matlamat tersemai, membantu membersihkan persekitaran sekolah yang mungkin tercemar dek masa dan suasana.  Impian disanubari cuma satu, menjadikan "Sekolah Dalam Taman", sebagai satu realiti.  

Guru, penjaga dan pelajar telah dibahagikan kepada beberapa sektor kritikal yang memerlukan penyelenggaraan segera serapi mungkin.  Pihak sekolah juga mendapat bantuan dari RAJD Tentera Darat yang berpengkalan di Kem Batu 3, Temerloh.    

Jutaan terima kasih warga Al Wosto hulurkan kepada semua pihak yang terlibat dalam program gotong-royong tersebut.  Semoga segala keringat dan masa anda semua , hanya Allah yang dapat membalasnya.


~admin~
*Artikel ini beserta foto diruangan galeri.

Tag: gotong-royong

0 komen

Sila berikan komen anda di sini