Sekolah Menengah Agama Al Wosto

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS

22 Januari 2020, SMA Al Wosto
 بسم الله الرحمن الرحيم


Majlis Watikah Pelantikan Pengawas telah diadakan pada 20 Januari 2020. Majlis dimulakan pada pukul 8.00 pagi bertempat di Dewan Al-Hassan. Perasmi adalah Pegawai Polis Perhubungan Sekolah PDRM iaitu Tuan Inspektor Mohammed Asfiani bin Ramdani. Seramai 48 orang pengawas dan 6 orang exco tingkatan 6 menerima watikah pada hari tersebut.

Semoga dengan majlis watikah pelantikan pengawas ini memberi semangat kepada pengawas serta exco untuk berkhidmat dengan lebih berani, tegas dan jujur kerana mereka adalah mata dan telinga guru mahupun sekolah dalam menangani masalah disiplin.

Laporan disediakan oleh:                                                         

WIDYAWATI BINTI MAT TAIB
SETIAUSAHA BADAN PENGAWAS
SMA AL-WOSTO

Tag: pengawas

0 komen

Sila berikan komen anda di sini