Sekolah Menengah Agama Al Wosto

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

MESYUARAT AGUNG & HARI KECEMERLANGAN

                          PERSEDIAAN....

      
Kelihatan semua warga SMA Al Wosto sedang bertungkus lumus dalam membuat persediaan bagi menyambut Hari Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 22 serentak dengan sambutan Hari Kecemerlangan 2017.  Majlis tersebut dijadualkan akan berlangsung pada 28 April 2017 (Sabtu) bermula jam 8.30 pagi di Dewan ASPURI.

Majlis yang diadakan secara sederhana itu akan dirasmikan oleh YB Dato' Sri Hj. Mohd. Sharkar bin Hj. Shamsudin (SSAP., SIMP., DSAP., DIMP) , Pengerusi Jawatankuasa Dan Kebudayaan Negeri.

Semoga majlis ini dapat berlangsung dengan jayanya dan diharapkan dengan kehadiran YB Dato' akan dapat menyerikan lagi majlis ini.


Tag: al wosto kecemerlangan

1 komen

damia

2017-08-15 05:22:47 UTC

boleh sertakan sekali pencapaian akademik sekolah menengah agama al-wosto?

Sila berikan komen anda di sini